Tajuk : Duri
Penulis - Fauziah Ashari
Harga : RM19.90
Ringkasan :
Ia mengisahkan kekuatan di jiwa Nur Amalsufi (Sufi) yang ditinggalkan
oleh kekasihnya, Hazim Fikri. Kekentalan jiwanya bertukar sakit hati
yang parah di mana bagaikan ada duri yang sentiasa mencucuk-cucuk
sekeping hatinya. Sufi sentiasa berada dalam kesakitan selagi 'dendam'
tidak terlunas. Dendam apabila bukan sahaja ditinggalkan oleh Hazim
tetapi Durrah iaitu ibu Hazim telah menjadi punca ibunya koma sehingga
menemui ajal.
Bermula kisah yang tragis itu, dan apabila peluang terhidang di hadapan
mata, dia tidak pernah menoleh ke belakang lagi. Adiknya Nur Adamnuri
(Nuri) yang terpisah sejak kecil kerana dibela oleh ibu tiri mereka
rupanya sedang asyik mahsyuk bercinta dengan Muzhaffar Zaman (Zhaf)
iaitu abang kepada bekas kekasihnya..
Suatu hari, Nuri melarikan diri daripada majlis perkahwinan yang
dirancang dan diketahui oleh umum demi mengejar cita-citanya di luar
negara.
Fathurrahman buntu dan berasa malu dengan sikap anak bongsunya, meminta
pertolongan Sufi untuk menjadi pengantin kepada Muzhaffar. Sufi dengan
rela hati bersetuju demi melunaskan dendamnya terhadap Durrah. Sufi
merancang untuk menyakiti perasaan Durrah dan akan berpisah dengan
Muzhaffar sebelum Nuri pulang ke tanah air.
Perancangan demi perancangannya sememangnya semakin mudah apabila
Muzhaffar meninggalkannya untuk mencari Nuri setelah beberapa hari
mereka bernikah. Ketiadaan Muzhaffar membolekannya bekerja dengan bapa
merntuanya, Hasif. Kelicikan Sufi menyebabkan bapa mentuanya jatuh cinta
padanya. Durrah pula lumpuh dan hanya berkerusi roda. Mahalh tanpa
disengajakannya, Hasif dan Durrah juga bercerai talak tiga.
Namun, Sufi masih tidak puas. Dia merancang untuk punya anak pula dengan
Muzhaffar demi adanya keturunan keluarga Durrah dari warisan
keluarganya yang dihina oleh Durrah dahulu. Kepulangan Muzhaffar tanpa
Nuri buat hati Sufi menjadi nakal. Dia cuba goda suaminya dalam diam
hingga Muzhaffar jatuh cinta padanya. Muzhaffar yang berasa keseorangan
dan kian jauh dari Nuri mudah terpesona. Muzhaffar mula membandingkan
dua beradik itu dan lama-kelamaan hatinya pula terpikat dengan Sufi.
Keadaan menjadi genting apabila Sufi disahkan hamil dan dalam masa yang
sama Nuri pulang ke tanah air untuk memiliki semula kekasih hatinya,
Muzhaffar. Muzhaffar serba-salah dan Sufi juga serba tak kena kerana dia
sayangkan adiknya, Nuri. Dalam waktu sama, bibit-bibit cintanya
terhadap suaminya mula tercipta tanpa sedar....
Ringkasan di ambil dari majalah pop club.
No comments:
Post a Comment