22 December 2013

Makaroni Bakar Semudah ABC!!

hiii!!!!! lama x jumpe kan? nak wat aceno..tuan tanah pemalas nk apdet skrg kt sini.. byk nk share tp masa sgt mencemburui diriku..huh..alasaaannnnn!!! alasan jek semuanye tuh. haha. cuti nak sebulan takkan xdo maso nak apdet ann..nmpk naa membongak eh..hehe.. hmmmphh.. entri kali nih aku nak share resepi Makaroni Bakar Semudah ABC ajeee.. sesuai laa utk org2 mcm aku ni kan? nak ringkas dan yang penting SEDAPPP!!! hahaha.. hope sape2 yg berminat tu boleh laa cube..now, here we go..

Bahan2:
1 paket/400g daging kisar (aku pkai daging ramly)
½ paket  makaroni
1 labu bawang besar (lagi best klau pkai bwang holland)
1 biji bawang putih 
1 biji capsicum kaler hijau+merah+kuning
7 biji telur
1 tin sos carbonara
daun bawang
daun sup
cheese cheddar secukupnya
daun parsley 
sedikit serbuk ladahitam
garam secukup rasa

Cara2:

1. Cincang dadu bawang+lada capsicum+daun bawang+daun sup. lepas tu ketepikan.

2. Rebus ½ paket  makaroni(tips : tambah sedikit garam+minyak). Then, toskan.

3. Tumiskan bawang putih+bawang merah dan campurkan dgn daging cincang tadi. Masukkan garam+serbuk lada hitam secukup rasa. Masukkan sos carbonara.

4. Masakkan sampai daging betul2 kering. Macam dalam gambar nih. Pastu boleh lah tuang dlm bekas. Ape2 bekas yang tahan dlm oven.

5. Pukul telur sehingga sekata. (tips : aku suka masukkan sikit susu segar sekali dlm telur) Then, tuangkan telur tadi dlm makaroni. (tips : sampai banjir ok!! nnt makaroni tak melekat. kalau x cukup telur sila tambah. jgn kedekut sgt telur. hehe.) Taburkan cheddar cheese + daun parsley atas makaroni. (klau xde daun tu korg tabur je daun sup pon boleeeee)

6. Bakar makaroni 150 degree celcius dlm masa 40 minit. Sampai masak laa senang cite..taraaa!!!~ siappp!! Pastu tunggu sejuk sket. Then, boleh laa dihidangkan. yummy!!!~~ senang kan??? Selamat mencuba kengkawan!! ^^


Nota kaki : InsyaAllah, klau ade kesempatan mmg aku nak apdet last entri untuk tahun nih..see u then!! xoxo!


No comments:

Post a Comment