17 February 2015

#throwback : Umrah 2014




Assalamualaikum..Hii semua!! Entri aku kali ni nak throwback Umrah 2014 last yr. Tetbe rasa rindu menerpa diri tatkala melihat balik gambar2 semasa kami berada kat sana. Alhamdulillah..hujung tahun lps kami sekeluarga (kecuali along) berpeluang utk menjadi tetamu Allah..kami berkesempatan utk menjejaki bumi anbiya ini..Perjalanan selama 10 hari ini byk kenangan yg tak akan mungkin aku lupakan.. Perjalanan dari Malaysia ke Jeddah mengambil masa lebih kurg 8 jam 45 min..bygkan betapa excitednye masa tu..kami teruskan perjalanan ke kota Madinah.. Subhanallah..tiap kali aku solat di Masjid Nabawi hati aku rasa sayu..semasa memberi salam di makam nabi terasa Rasulullah didepanku..airmata berguguran seolah2 bertemu dgn org yg paling dirindui. ya Allah..begini rupanya perasaan bila bertemu kekasih Mu ya Allah..beruntungnya andai dpt bertemumu ya Rasulullah.. Selepas 3 hari di kota Madinah, kami meneruskan perjalanan ke kota Mekah utk mengerjakan umrah.. kat sini aku belajar banyak benda..timbul rasa keinsafan tatkala menziarah tempat2 sejarah yang berada di bumi ini.. sungguh besar perjuangan Rasulullah dan para sahabat demi mempertahankan Islam..tiba2 rase kerdil sgt2 bila dibandingkan dgn diri ini. hanya satu persoalan yang berlegar dibenak fikiran aku. Layak kah aku utk masuk ke dalam syurga Mu dan bertemu dengan kekasih Mu ya Allah? huhu.


Nota kaki : Moga aku dapat jejaki lagi untuk beribadah di sini lagi. Insya-Allah. Amiin.


No comments:

Post a Comment