12 November 2014

Blueberry Cheesecake : My 1st Attempt

Assalamualaikum..entri kali ni aku nk share resepi Blueberry Cheesecake. Memandangkan ni 1st attempt buat cheesecake, so aku mmg carik resepi yang palinggggggggggggg simple!! haha. untuk org yg tak berape nak rajin mmg mcmni. Hehehee.. Resepi ni ekceli aku cilok drp instagram bilakokpinlapar. terima kasih ye kokpin sbb share resepi gile kacang ni. Mmg kompem jadi punye lahh..ehehe.

Blueberry Cheesecake



Base: 
Biskut (yang dah ditumbuk hancur)
Butter yg dibiar suhu bilik
Gula halus (boleh abaikan kalau biskut da already manis)

So, korg boleh guna APA SAJA biskut yg korang suka.. tumbuk2kan smp hancur. Kalau org yang tak berape nk rajin mcm aku ni aku gune biskut oreo yang DAH siap hancur beli siap2 kt kedai. hehe. pastu gaulkan dgn butter (suhu bilik) n kalau rase nak manis bole tambah gula..(tp klau pkai biskut oreo ni x yah tambah gula kot. sbb da manis). Banyak mana butter n gula tu ikot korang laa..janji sedap kt tekak n tutup habis base acuan. Then, kite bakor dia around 10-12 min dalam oven 180'C. Siap!! utk base..biarkan sejuk..


Filling:
800-900 g cream cheese (apa2 jenama n bole campur2 ikut suke korg)
1 cawan gula halus
4 biji telur (saiz sedang)
2-3 sudu lemon juice
1 tsp vanilla
zest sikit kulit lemon

Untuk filling pulak, masukkan cream cheese dgn gula. pastu pukul smp sebati. masukkan 2-3 sudu lemon juice. masukkan lemon zest (kalau nak campurkan). pastu masukkan vanilla. rase.rasa.taste!!
Agak2 da jumpe taste yg korg rase best, masukkan satu per satu 4 biji telur saiz sedang.pukul sebati. pastu tuangkan atas base tadi. Bakar pd suhu 180'C dlm 40 min.

PENTING : bakar cheesecake gunakan teknik waterbath iaitu masukkan bekas dlm air.


Topping:
Blueberry
Madu
2-3 sudu lemon juice
Vanilla
1 tsp tepung jagung

Campurkan semua bahan letak dlm saucepan. Masakkan smp didih, tutup api.
(Tp sekali lagi, untuk org yg rajin mcm aku ni, topping ni aku beli je kt kedai kek yg da siap. haha. senang kan??)


Selamat Mencuba!!!~~~~


No comments:

Post a Comment